Raudhah
99 Names
# | Name | Translation | Meaning |
---|---|---|---|
1 | الرحمن |
AR-RAHMAAN | Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. |
2 | الرحيم |
AR-RAHIM | Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. |
3 | الملك |
AL-MALIK | Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri. |
4 | القدوس |
AL-QUDDUS | Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan. |
5 | السلام |
AS-SALAAM | Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya. |
6 | المؤمن |
AL-MU'MIN | Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik. |
7 | المحيمن |
AL-MUHAIMIN | Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. |
8 | العزيز |
AL-'AZIIZ | Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya |
9 | الجبار |
AL-JABBAAR | Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya. |
10 | المتكبر |
AL-MUTAKABBIR | Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya. |
11 | الخالق |
AL-KHAALIQ | Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu. |
12 | البارئ |
AL-BAARI’ | Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya. |
13 | المصور |
AL-MUSHAWWIR | Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya). |
14 | الغفار |
AL-GHAFFAAR | Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan. |
15 | القهار |
AL-QAHHAAR | Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya. |
16 | الوهاب |
AL-WAHHAAB | Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia. |
17 | الرزاق |
AR-RAZZAAQ | Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya. |
18 | الفتاح |
AL-FATTAAH | Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya. |
19 | العليم |
AL-’ALIIM | Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya. |
20 | القابض |
AL-QAABIDH | Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya. |
21 | الباسط |
AL-BAASITH | Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya. |
22 | الخافض |
AI-KHAAFIDH | Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan. |
23 | الرافع |
AR-RAAFI’ | Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa. |
24 | المعز |
AL-MU’IZ | Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan. |
25 | المذل |
AL-MUZIL | Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya. |
26 | السميع |
AS-SAMII’ | Maha Mendengar. |
27 | البصير |
AL-BASHIIR | Maha Melihat. |
28 | الحكم |
AL-HAKAM | Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu. |
29 | العدل |
AL-’ADL | Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu. |
30 | اللطيف |
AL-LATHIIF | Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil. |
31 | الخبير |
AL-KHABIIR | Maha Waspada/ Maha Mengetahui. |
32 | الحليم |
AL-HALIIM | Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan. |
33 | العظيم |
AL-’ADZHIIM | Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan. |
34 | الغفور |
AL-GHAFUUR | Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya. |
35 | الشكور |
ASY-SYAKUUR | Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil. |
36 | العلي |
AL-’ALIY | Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya. |
37 | الكبير |
AL-KABIIR | Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia. |
38 | الحفيظ |
AL-HAFIDZ | Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya. |
39 | المقيت |
AL-MUQIIT | Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani. |
40 | الحسيب |
AL-HASIIB | Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat. |
41 | الجليل |
AL-JALIIL | Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya. |
42 | الركيب |
AR-RAQIIB | Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian. |
43 | الحسيب |
AL-HASIIB | Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya. |
44 | المجيب |
AL-MUJIIB | Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya. |
45 | الواسع |
AL-WAASI’ | Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu. |
46 | الحكيم |
AL-HAKIIM | Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu. |
47 | الودود |
AL-WADUUD | Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan. |
48 | المجيد |
AL-MAJIID | Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan. |
49 | الباعث |
AL-BA’ITHU | Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat. |
50 | الشهيد |
ASY-SYAHIID | Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk. |
51 | الحق |
AL-HAQ | Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun. |
52 | الوكيل |
AL-WAKIIL | Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu. |
53 | القوى |
AL-QAWIY | Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya. |
54 | المتين |
AL-MATIIN | Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya. |
55 | الولى |
AL-WALIY | Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka. |
56 | الحميد |
AL-HAMIID | Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan. |
57 | المحصى |
AL-MUHSHII | Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya. |
58 | المبدئ |
AL-MUBDI’ | Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud. |
59 | المعيد |
AL-MU’IID | Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya. |
60 | المحي |
AL-MUHYII | Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup. |
61 | المميت |
AL-MUMIIT | Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup. |
62 | الحي |
AL-HAY | Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu. |
63 | القيوم |
AL-QAYYUUM | Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini. |
64 | الواجد |
AL-WAAJID | Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak. |
65 | الماجد |
AL-MAAJID | Maha Mulia. |
66 | الواحد |
AL-WAAHID | Maha Esa. |
67 | الأحد |
AL-AHAD | Maha Tunggal. |
68 | الصمد |
ASH-SHAMAD | Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan. |
69 | القادر |
AL-QAADIR | Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya |
70 | المقتدر |
AL-MUQTADIR | Maha Menentukan. |
71 | المقدم |
AL-MUQADDIM | Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya. |
72 | المؤخر |
AL-MUAKHKHIR | Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya. |
73 | الأول |
AL-AWWAL | Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud. |
74 | الآخر |
AL-AAKHIR | Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang sementara. |
75 | الظاهر |
AZH-ZHAAHIR | Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya |
76 | الباطن |
AL-BAATHIN | Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dizahirkan ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu. |
77 | الوالى |
AL-WAALII | Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya. |
78 | المتعال |
AL-MUTA’AALII | Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan. |
79 | البار |
AL-BAR | Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya. |
80 | التواب |
AT-TAWWAAB | Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya. |
81 | المنتقم |
AL-MUNTAQIM | Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya. |
82 | العفو |
AL-’AFUW | Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya. |
83 | الرؤف |
AR-RAUUF | Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya. |
84 | المالك الملك |
MAALIKUL MULK | Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya. |
85 | ذوالجلال والإكرام |
ZUL-JALAALI WAL IKRAAM | Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah. |
86 | المقسط |
AL-MUQSITH | Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya. |
87 | الجامع |
AL-JAAMI’ | Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan. |
88 | الغنى |
AL-GHANIY | Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya. |
89 | المغنى |
AL-MUGHNII | Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya. |
90 | المانع |
AL-MAANI’ | Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan. |
91 | الضار |
ADH-DHAAR | Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya |
92 | النافع |
AN-NAAFI’ | Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri. |
93 | النور |
AN-NUUR | Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya. |
94 | الهادى |
AL-HAADI | Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya. |
95 | البديع |
AL-BADII’ | Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu. |
96 | الباقع |
AL-BAAQI | Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya |
97 | الوارث |
AL-WAARITS | Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk. |
98 | الرشيد |
AR-RASYIID | Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya. |
99 | الصبور |
ASH-SHABUUR | Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya. |
Tazkirah
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﻫﱻﻤﱧﺰﱺﺓﲚ ﻟﱌﻤﱧﺰﱺﺓﲙ ﳁﳃﳀ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji