1 |
الرحمن |
AR-RAHMAAN |
Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. |
2 |
الرحيم |
AR-RAHIM |
Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. |
3 |
الملك |
AL-MALIK |
Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri. |
4 |
القدوس |
AL-QUDDUS |
Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan. |
5 |
السلام |
AS-SALAAM |
Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya. |
6 |
المؤمن |
AL-MU'MIN |
Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik. |
7 |
المحيمن |
AL-MUHAIMIN |
Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. |
8 |
العزيز |
AL-'AZIIZ |
Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya |
9 |
الجبار |
AL-JABBAAR |
Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya. |
10 |
المتكبر |
AL-MUTAKABBIR |
Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya. |
11 |
الخالق |
AL-KHAALIQ |
Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu. |
12 |
البارئ |
AL-BAARI’ |
Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya. |
13 |
المصور |
AL-MUSHAWWIR |
Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya). |
14 |
الغفار |
AL-GHAFFAAR |
Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan. |
15 |
القهار |
AL-QAHHAAR |
Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya. |
16 |
الوهاب |
AL-WAHHAAB |
Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia. |
17 |
الرزاق |
AR-RAZZAAQ |
Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya. |
18 |
الفتاح |
AL-FATTAAH |
Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya. |
19 |
العليم |
AL-’ALIIM |
Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya. |
20 |
القابض |
AL-QAABIDH |
Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya. |
21 |
الباسط |
AL-BAASITH |
Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya. |
22 |
الخافض |
AI-KHAAFIDH |
Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan. |
23 |
الرافع |
AR-RAAFI’ |
Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa. |
24 |
المعز |
AL-MU’IZ |
Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan. |
25 |
المذل |
AL-MUZIL |
Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya. |
26 |
السميع |
AS-SAMII’ |
Maha Mendengar. |
27 |
البصير |
AL-BASHIIR |
Maha Melihat. |
28 |
الحكم |
AL-HAKAM |
Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu. |
29 |
العدل |
AL-’ADL |
Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu. |
30 |
اللطيف |
AL-LATHIIF |
Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil. |
31 |
الخبير |
AL-KHABIIR |
Maha Waspada/ Maha Mengetahui. |
32 |
الحليم |
AL-HALIIM |
Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan. |
33 |
العظيم |
AL-’ADZHIIM |
Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan. |
34 |
الغفور |
AL-GHAFUUR |
Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya. |
35 |
الشكور |
ASY-SYAKUUR |
Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil. |
36 |
العلي |
AL-’ALIY |
Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya. |
37 |
الكبير |
AL-KABIIR |
Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia. |
38 |
الحفيظ |
AL-HAFIDZ |
Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya. |
39 |
المقيت |
AL-MUQIIT |
Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani. |
40 |
الحسيب |
AL-HASIIB |
Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat. |
41 |
الجليل |
AL-JALIIL |
Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya. |
42 |
الركيب |
AR-RAQIIB |
Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian. |
43 |
الحسيب |
AL-HASIIB |
Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya. |
44 |
المجيب |
AL-MUJIIB |
Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya. |
45 |
الواسع |
AL-WAASI’ |
Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu. |
46 |
الحكيم |
AL-HAKIIM |
Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu. |
47 |
الودود |
AL-WADUUD |
Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan. |
48 |
المجيد |
AL-MAJIID |
Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan. |
49 |
الباعث |
AL-BA’ITHU |
Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat. |
50 |
الشهيد |
ASY-SYAHIID |
Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk. |
51 |
الحق |
AL-HAQ |
Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun. |
52 |
الوكيل |
AL-WAKIIL |
Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu. |
53 |
القوى |
AL-QAWIY |
Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya. |
54 |
المتين |
AL-MATIIN |
Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya. |
55 |
الولى |
AL-WALIY |
Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka. |
56 |
الحميد |
AL-HAMIID |
Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan. |
57 |
المحصى |
AL-MUHSHII |
Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya. |
58 |
المبدئ |
AL-MUBDI’ |
Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud. |
59 |
المعيد |
AL-MU’IID |
Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya. |
60 |
المحي |
AL-MUHYII |
Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup. |
61 |
المميت |
AL-MUMIIT |
Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup. |
62 |
الحي |
AL-HAY |
Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu. |
63 |
القيوم |
AL-QAYYUUM |
Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini. |
64 |
الواجد |
AL-WAAJID |
Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak. |
65 |
الماجد |
AL-MAAJID |
Maha Mulia. |
66 |
الواحد |
AL-WAAHID |
Maha Esa. |
67 |
الأحد |
AL-AHAD |
Maha Tunggal. |
68 |
الصمد |
ASH-SHAMAD |
Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan. |
69 |
القادر |
AL-QAADIR |
Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya |
70 |
المقتدر |
AL-MUQTADIR |
Maha Menentukan. |
71 |
المقدم |
AL-MUQADDIM |
Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya. |
72 |
المؤخر |
AL-MUAKHKHIR |
Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya. |
73 |
الأول |
AL-AWWAL |
Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud. |
74 |
الآخر |
AL-AAKHIR |
Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang sementara. |
75 |
الظاهر |
AZH-ZHAAHIR |
Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya |
76 |
الباطن |
AL-BAATHIN |
Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dizahirkan ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu. |
77 |
الوالى |
AL-WAALII |
Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya. |
78 |
المتعال |
AL-MUTA’AALII |
Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan. |
79 |
البار |
AL-BAR |
Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya. |
80 |
التواب |
AT-TAWWAAB |
Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya. |
81 |
المنتقم |
AL-MUNTAQIM |
Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya. |
82 |
العفو |
AL-’AFUW |
Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya. |
83 |
الرؤف |
AR-RAUUF |
Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya. |
84 |
المالك الملك |
MAALIKUL MULK |
Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya. |
85 |
ذوالجلال والإكرام |
ZUL-JALAALI WAL IKRAAM |
Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah. |
86 |
المقسط |
AL-MUQSITH |
Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya. |
87 |
الجامع |
AL-JAAMI’ |
Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan. |
88 |
الغنى |
AL-GHANIY |
Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya. |
89 |
المغنى |
AL-MUGHNII |
Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya. |
90 |
المانع |
AL-MAANI’ |
Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan. |
91 |
الضار |
ADH-DHAAR |
Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya |
92 |
النافع |
AN-NAAFI’ |
Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri. |
93 |
النور |
AN-NUUR |
Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya. |
94 |
الهادى |
AL-HAADI |
Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya. |
95 |
البديع |
AL-BADII’ |
Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu. |
96 |
الباقع |
AL-BAAQI |
Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya |
97 |
الوارث |
AL-WAARITS |
Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk. |
98 |
الرشيد |
AR-RASYIID |
Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya. |
99 |
الصبور |
ASH-SHABUUR |
Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya. |