Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Peringatan Bagi Mereka Yang Lalai


Firman Allah SWT :

ذَٰلِكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَفْرَحُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَمْرَحُونَ
[Surat Ghafir 75]

‎Terjemahan :

"(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat)"

Balasan Bagi Mereka Yang Menderhakai Allah


Firman Allah SWT :

فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ
[Surat Ghafir 72]

‎Terjemahan :

"Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka"

Balasan Bagi Orang Yang Sombong Takbur Di Bumi Allah


Firman Allah SWT :

فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ
[Surat Al-Ahqaf 20]

‎Terjemahan :

"maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik"

Balasan Buruk Kepada Mereka Yang Ingkar Kepada Allah


Firman Allah SWT :

ذَٰلِكُمْ بِأَنَّكُمُ اتَّخَذْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ لَا يُخْرَجُونَ مِنْهَا وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ
[Surat Al-Jathiya 35]

‎Terjemahan :

"(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya)."

Pada Hari Kiamat, Orang Yang Mengingkari Allah Akan Rugi Serugi Ruginya


Firman Allah SWT :

وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَخْسَرُ الْمُبْطِلُونَ
[Surat Al-Jathiya 27]

‎Terjemahan :

"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."

Allah Akan Memasukkan Orang Yang Beriman Ke Dalam Rahmatnya


Firman Allah SWT :

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ
[Surat Al-Jathiya 30]

‎Terjemahan :

"Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar."

Al Quran Adalah Panduan Kehidupan. Jangan Engkau Dustainya


Firman Allah SWT :

هَٰذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

[Surat Al-Jathiya 20]

‎Terjemahan :

"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya)."

Tunduk Taat Sepenuhnya Hanya Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَأُمِرْتُ أَنْ أُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
[Surat Ghafir 66]

‎Terjemahan :

"dan aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam"

Jangan Sombong Dengan Allah!


Firman Allah SWT :

وَأَنْ لَا تَعْلُوا عَلَى اللَّهِ ۖ
[Surat Ad-Dukhan 19]

‎Terjemahan :

"Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah."

Ikhlaskan Setiap Ibadahmu Semata Mata Kerana Allah


Firman Allah SWT :

فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۗ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

[Surat Ghafir 65]

‎Terjemahan :

"maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Bersyukurlah Kepada Allah Keatas Segala Nikmat Yang Diberikan


Firman Allah SWT :

وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ ۖ فَتَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
[Surat Ghafir 64]

‎Terjemahan :

"dan Ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam."

Jangan Kita Menjadi Orang Yang Tidak Bersyukur


Firman Allah SWT :

إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

[Surat Ghafir 61]

‎Terjemahan :

"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."