Raudhah
Kata Kata Mutiara
“Fokuskan untuk taubat dan syukur. Taubat untuk menghilangkan semua
penghalang dan syukur membuka serta menambah kurniaan lain”.
“Doa dan zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
serta membuatkan hati kita lebih tenang.”
“Jangan berbuat baik agar orang hutang budi, berbuat baiklah sebagai
syukur kita bias berbuat manfaat.”
‘Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan
mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk.”
“Andai kau ingin berubah, mengapa membiarkan diri terus-terusan
dibelenggu dosa? Ubahlah disaat ini dan moga terus istiqamah”
“Apabila nama yang diberikan kepada kita mempunyai maksud yang baik,
bersyukurlah kerana disaat orang memanggil nama kita, itu merupakan
satu doa buat kita.”
“Sebutlah Allah kerana itu ubat. Jangan menyebut manusia kerana itu
peyakit.” – Umar Al-Khattab
“Ada jenis manusia yang lebih suka mencari kesalahan dan kelemahan
orang tapi kekurangan diri sendiri tidak pula dia sedar.”
“Orang yang berhati mulia tidak akan pernah mengatakan bahawa
dirinya baik kerana dia menyedari bahawa dia juga punya dosa.”
“Di saat Allah mengirimkan musibah, hadapilah dengan hati yang tabah
kerana semakin Allah sayang kepada hambanya, semakin kuat ujian
buatnya.”
“Pahala itu di jual kepada semua orang tetapi tidak semua orang akan
membelinya kerana nilainya tidak laku di dunia tetapi amat bernilai di
akhirat sana.”
“Bukan mudah untuk menjaga dan memuaskan hati semua orang tapi
berusahalah agar tidak menyakiti hati mereka walaupun hati kamu
disakiti oleh mereka.”