Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Apabila Amalan Yang Dilakukan Bukan Kerana Allah, Maka Ia Akan Menjadi Sia Sia


Firman Allah SWT :

وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

[Surat Al-Furqan 23]

‎Terjemahan :

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan"

Balasan Bagi Orang Orang Yang Gemar Melakukan Kezaliman


Firman Allah SWT :

وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُمْ مِنَ الْمَقْبُوحِينَ
[Surat Al-Qasas 42]

‎Terjemahan :

"Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya"

Mohonlah Kepada Allah Agar Kita Tidak Tergolong Dari Kalangan Orang Yang Zalim


Firman Allah SWT :

إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
[Surat Al-Qasas 37]

‎Terjemahan :

"Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya"

Memohonlah Kepada Allah Agar Sentiasa Berada Di Jalan Kebenaran


Firman Allah SWT :

رَبِّي أَنْ يَهْدِيَنِي سَوَاءَ السَّبِيلِ
[Surat Al-Qasas 22]

‎Terjemahan :

"Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,"

Sentiasalah Memohon Perlindungan Allah Daripada Syaitan Yang Menyesatkan


Firman Allah SWT :

إِنَّهُ عَدُوٌّ مُضِلٌّ مُبِينٌ
[Surat Al-Qasas 15]

‎Terjemahan :

"sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya)"

Jadilah Kita Orang Yang Benar Benar Berserah Diri Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
[Surat An-Naml 91]

‎Terjemahan :

"dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya)"

Mereka Yang Gemar Berbuat Zalim, Maka Dia Akan Dihinakan Dengan Azab Neraka Allah


Firman Allah SWT :

وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَكُبَّتْ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ هَلْ تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
[Surat An-Naml 90]

‎Terjemahan :

"Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya) maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan".

Balasan Yang Lebih Baik Bagi Mereka Yang Beriman Dan Beramal Soleh


Firman Allah SWT :

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا وَهُمْ مِنْ فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ

[Surat An-Naml 89]

‎Terjemahan :

"Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu"

Hanya Orang Beriman Sahaja Yang Akan Menerima Keterangan Ayat Ayat Al Quran


Firman Allah SWT :

إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ
[Surat An-Naml 81]

‎Terjemahan :

"engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas"

Betapa Banyak Nikmat Yang Allah Berikan. Maka Janganlah Kita Tidak Mahu Mensyukurinya


Firman Allah SWT :

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ

[Surat An-Naml 73]

‎Terjemahan :

"Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur"

Jangan Kita Sombong Dengan Tidak Mahu Mengingati Nikmat Nikmat Yang Allah Berikan


Firman Allah SWT :

قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ
[Surat An-Naml 62]

‎Terjemahan :

"Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)"

Allah Yang Memperkenankan Doa Serta Mengeluarkan Hambanya Daripada Kesusahan


Firman Allah SWT :

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ
[Surat An-Naml 62]

‎Terjemahan :

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?"