Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Wahai Orang Orang Yang Beriman, Serulah Manusia Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَ ۖ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُسْتَقِيمٍ

[Surat Al-Hajj 67]

‎Terjemahan :

"dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus"

Perbanyakkan Mengingati Mati Kerana Ia Akan Menghilangkan Rasa Cinta Terhadap Dunia


Firman Allah SWT :

ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ
[Surat Al-Mu'minun 15]

‎Terjemahan :

"Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati"

Rukulah Sujudlah Kepada Allah Agar Kamu Berjaya Dunia Dan Akhirat


Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ۩
[Surat Al-Hajj 77]

‎Terjemahan :

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"

Lakukanlah Amalan Dengan Tulus Ikhlas Dan Jauhi Syirik Kepada Allah


Firman Allah SWT :

حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ ۚ
[Surat Al-Hajj 31]

‎Terjemahan :

"(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya"

Jauhilah Syirik Kepada Allah!


Firman Allah SWT :

فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ

[Surat Al-Hajj 30]

‎Terjemahan :

"maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala"

Taat Dan Patuhlah Terhadap Hukum Hukum Yang Telah Ditetapkan Oleh Allah


Firman Allah SWT :

ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ ۗ

[Surat Al-Hajj 30]

‎Terjemahan :

"Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya"

Nah! Gambaran Neraka Allah Agar Kita Merasa Takut Untuk Melakukan Dosa


Firman Allah SWT :

فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ يُصَبُّ مِنْ فَوْقِ رُءُوسِهِمُ الْحَمِيمُ
[Surat Al-Hajj 19]

‎Terjemahan :

"Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak"

Setiap Kita Ini Allah Berikan Sedikit Ilmu Pengetahuan. Maka Janganlah Kita Sombong


Firman Allah SWT :

وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
[Surat Al-Isra' 85]

‎Terjemahan :

"kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja"

Mereka Yang Kufur Dan Suka Melakukan Maksiat, Allah Timpakan Kehinaan


Firman Allah SWT :

وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ ۚ
[Surat Al-Hajj 18]

‎Terjemahan :

"dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya"

Hidayah Perlu Dicari Dan Allah Beri Kepada Sesiapa Yang Dia Kehendaki


Firman Allah SWT :

وَأَنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يُرِيدُ
[Surat Al-Hajj 16]

‎Terjemahan :

"dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya)"

Syurga Itu Tempat Bagi Orang Yang Tetap Tekun Beriman Dan Beramal Soleh


Firman Allah SWT :

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ
[Surat Al-Hajj 14]

‎Terjemahan :

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya"

Rugilah Mereka Yang Tidak Tetap Pendirian Terhadap Pengabdian Diri Kepada Allah


Firman Allah SWT :

خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

[Surat Al-Hajj 11]

‎Terjemahan :

"(Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata"