Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Pastikan Apa Yang Kita Makan Hanyalah Yang Halal Lagi Baik


Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ
[Surat Al-Baqarah 168]

‎Terjemahan :

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan."

Sampaikanlah Berita Gembira Kepada Orang Orang Yang Tunduk Taat


Firman Allah SWT :

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
[Surat Al-Hajj 35]

‎Terjemahan :

"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya."

Ganjaran Lumayan Disisi Allah Bagi Orang Orang Yang Sabar


Firman Allah SWT :

وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
[Surat An-Nahl 96]

‎Terjemahan :

"dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

Bersedekahlah Kerana Sesungguhnya Apa Yang Kita Sedekah Akan Kekal Di Sisi Allah


Firman Allah SWT :

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ ۖ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ
[Surat An-Nahl 96]

‎Terjemahan :

"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal"

Allah Maha Berat Azab Siksanya Kepada Mereka Yang Kufur Dan Derhaka


Firman Allah SWT :

اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
[Surat Al-Ma'idah 98]

‎Terjemahan :

"Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka),"

Berdoalah Kepada Allah Dalam Keadaan Kita Penuh Rasa Rendah Diri Kepadanya


Firman Allah SWT :

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً
[Surat Al-A'raf 55]

‎Terjemahan :

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan."

Tazkirah Hanya Akan Berkesan Bagi Mereka Yang Sedia Menuruti Al Quran Dan Takut Kepada Allah


Firman Allah SWT :

إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ ۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ
[Surat Ya-Seen 11]

‎Terjemahan :

"Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia."

Berdoalah Kepada Allah Agar Kita Sentiasa Berada Diatas Jalan Yang Lurus


Firman Allah SWT :

عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
[Surat Ya-Seen 4]

‎Terjemahan :

"Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam)."

Mereka Yang Melupakan Allah Tidak Akan Dihiraukan Ketika Dihari Pembalasan Kelak


Firman Allah SWT :

وَقِيلَ الْيَوْمَ نَنْسَاكُمْ كَمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ نَاصِرِينَ
[Surat Al-Jathiya 34]

‎Terjemahan :

"Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan."

Khauf (takut) Melanggar Perintah Allah Itu Adalah Pada Setiap Masa


Firman Allah SWT :

مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ
[Surat Qaf 33]

‎Terjemahan :

"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat"

Ketika Kamu Beribadah, Ikhlas Dan Tumpukanlah Sepenuh Perhatian Kamu Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۚ
[Surat Al-A'raf 29]

‎Terjemahan :

"dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata"

Berlaku Adillah Pada Segala Perkara


Firman Allah SWT :

قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ ۖ
[Surat Al-A'raf 29]

‎Terjemahan :

"Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara),"