Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Sedekah/wakaf/infaq Hendaklah Dilakukan Semata Mata Kerana Allah Ta'la


Firman Allah SWT dalam Surah Ar Rum ayat 39 :

وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ ۖ وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

Terjemahan :

"Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda."

Jauhilah Dosa Dosa Besar Nescaya Akan Diampunkan Dosa Dosa Kecil Oleh Allah


Firman Allah SWT :

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا
[Surat An-Nisa' 31]

Terjemahan :

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)."

Segeralah Kembali (taubat) Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
[Surat An-Nisa' 110]

Terjemahan :

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Orang Yang Mempersekutukan Allah Itu Berada Didalam Kesesatan Yang Amat Jauh


Firman Allah SWT :

وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

[Surat An-Nisa' 116]

Terjemahan :

"dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

Jauhi Syirik!! Sungguh Allah Tidak Mengampunkan Dosa Orang Yang Mempersekutukannya


Firman Allah SWT :

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

[Surat An-Nisa' 116]

Terjemahan :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya"

Perteguhkan Iman Kita Kepada Allah Agar Kita Tidak Tergolong Orang Yang Sesat


Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ.
[Surat An-Naml 4]

Terjemahan :

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan."

Istiqomah Dalam Mentaati Allah Dan Rasul


Firman Allah SWT :

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ
[Surat Hud 112]

Terjemahan :

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu,"

Gambaran Gunung Ganang Pada Kedahsyatan Hari Kiamat


Firman Allah SWT :

وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ.
[Surat Al-Qari'ah 5]

Terjemahan :

"Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan"

Mereka Orang Orang Yang Berjaya


Firman Allah SWT :

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

[Surat At-Tawbah 20]

Terjemahan :

"(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah; dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Allah Mengasihi Mereka Orang Yang Bertaqwa


Firman Allah SWT :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ.
[Surat At-Tawbah 4]

Terjemahan :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa"

Gambaran Keadaan Manusia Pada Kedahsyatan Hari Kiamat


Firman Allah SWT :

يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ.

[Surat Al-Qari'ah 4]

Terjemahan :

"(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,"

Sentiasalah Kita Beringat Akan Tujuan Kita Diciptakan Oleh Allah Swt


Firman Allah SWT :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ.

[Surat Adh-Dhariyat 56]

Terjemahan :

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."