Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Al Quran Sebagai Petunjuk Serta Membawa Rahmat Kepada Orang Yang Berserah Diri


Firman Allah SWT :

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
[Surat An-Nahl 89]

‎Terjemahan :

"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam"

Allah Sempurnakan Segala Nikmatnya Kepada Kita Agar Kita Berserah Diri Kepadanya


Firman Allah SWT :

كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
[Surat An-Nahl 81]

‎Terjemahan :

"Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya."

Allah Mengurniakan Kepada Kita Pancaindera Agar Kita Bersyukur


Firman Allah SWT :

وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

[Surat An-Nahl 78]

‎Terjemahan :

"dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur"

Hanya Kepada Allah Segala Kepatuhan Dan Ketaatan Selama Lamanya


Firman Allah SWT :

ِوَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا ۚ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَتَّقُونَ
[Surat An-Nahl 52]

‎Terjemahan :

"dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah"

Bertanyalah Kepada Ahli Agama Ketika Kamu Tidak Memahami Urusan Agama Kamu


Firman Allah SWT :

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
[Surat An-Nahl 43]

‎Terjemahan :

"Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui"

Allah Memberi Balasan Yang Baik Kepada Mereka Yang Berhijrah Kerananya


Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ
[Surat An-Nahl 41]

‎Terjemahan :

"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik"

Balasan Kebaikan Didunia Mahupun Diakhirat Bagi Mereka Yang Sentiasa Mentaati Allah Dan Rasul


Firman Allah SWT :

قَالُوا خَيْرًا ۗ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ وَلَدَارُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ الْمُتَّقِينَ
[Surat An-Nahl 30]

‎Terjemahan :

"Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa"

Neraka Adalah Tempat Kembali Bagi Orang Orang Yang Sombong Terhadap Allah Dan Rasul


Firman Allah SWT :

فَادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۖ فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
[Surat An-Nahl 29]

‎Terjemahan :

"Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekalah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur"

Carilah Segala Kurniaan Allah Yang Halal, Lalu Kamu Mensyukurinya


Firman Allah SWT :

ِوَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
[Surat An-Nahl 14]

‎Terjemahan :

"dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur"

Allah Akan Balas Amalan Kita Sesuai Dengan Apa Yang Kita Usahakan


Firman Allah SWT :

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَت
[Surat Al-Baqarah 286]

‎Terjemahan :

"Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya"

Jauhi Syirik Dan Bertaqwalah Kepada Allah


Firman Allah SWT :

ِ أَنْ أَنْذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ
[Surat An-Nahl 2]

‎Terjemahan :

"Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku"

Hendaklah Kita Sentiasa Merendah Diri Sesama Kita Orang Yang Beriman


Firman Allah SWT :

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ
[Surat Al-Hijr 88]

‎Terjemahan :

"dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin)"