Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Jangan Sekali Kali Kita Berputus Asa Dengan Rahmat Allah


Firman Allah SWT :

ِّ فَلَا تَكُنْ مِنَ الْقَانِطِينَ
[Surat Al-Hijr 55]

‎Terjemahan :

"oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa"

Amal Manusia Mudah Disesatkan Oleh Syaitan Kecuali Mereka Yang Bersih Daripada Syirik


Firman Allah SWT :

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
[Surat Al-Hijr 40]

‎Terjemahan :

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik"

Perliharalah Diri Daripada Api Neraka Allah


Firman Allah SWT :

وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
[Surat Aal-E-Imran 131]

‎Terjemahan :

"Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir."

Tidak Akan Cepat Tidak Pula Akan Lambat Walau Sesaat Pun Kematian Kita


Firman Allah SWT :

مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ
[Surat Al-Hijr 5]

‎Terjemahan :

"Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya"

Al Quran Sebagai Peringatan Dan Pelajaran Bagi Mereka Yang Berakal


Firman Allah SWT :

هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
[Surat Ibrahim 52]

‎Terjemahan :

"(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf"

Rayuan Sia Sia Orang Yang Zalim Lagi Diazab Di Dalam Neraka


Firman Allah SWT :

فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ

[Surat Ibrahim 44]

‎Terjemahan :

"orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"

Allah Menyesatkan Orang Yang Berlaku Zalim


Firman Allah SWT :

وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ
[Surat Ibrahim 27]

‎Terjemahan :

"dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri)"

Balasan Baik Bagi Mereka Yang Meninggalkan Segala Perkara Yang Mengundang Kemurkaan Allah


Firman Allah SWT :

ذَٰلِكَ لِمَنْ خَافَ مَقَامِي وَخَافَ وَعِيدِ
[Surat Ibrahim 14]

‎Terjemahan :

"balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu"

Kemenangan Bagi Orang Beriman Dan Kekecewaan Bagi Orang Yang Sombong Lagi Degil


Firman Allah SWT :

وَاسْتَفْتَحُوا وَخَابَ كُلُّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ
[Surat Ibrahim 15]

‎Terjemahan :

"Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah, untuk mendapat kemenangan); dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil (dalam keingkarannya)."

Semoga Kita Bukan Dari Kalangan Mereka Yang Terjerumus Kedalam Kesesatan Yang Jauh


Firman Allah SWT :

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ
[Surat Ibrahim 3]

‎Terjemahan :

"Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya."

Allah Memerintahkan Kita Agar Bersungguh Sungguh Dalam Menerima Isi Kandungan Al Quran


Firman Allah SWT :

يَا يَحْيَىٰ خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ ۖ
[Surat Maryam 12]

‎Terjemahan :

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh!"

Bagi Orang Yang Beriman, Semestinya Gembira Dengan Adanya Al Quran Sebagai Panduan


Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَفْرَحُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ ۖ
[Surat Ar-Ra'd 36]

‎Terjemahan :

"Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)"