Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Gambaran Neraka Allah Kepada Mereka Yang Gemar Melakukan Kemungkaran Dan Maksiat


Firman Allah SWT :

فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ
[Surat Hud 106]

‎Terjemahan :

"Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai)."

Jika Kita Melakukan Dosa, Segeralah Bertaubat Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَاسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ
[Surat Hud 90]

‎Terjemahan :

"Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih"

Jauhilah Gejala Kemungkaran Seperti Yang Dilakukan Oleh Kaum Nabi Luth


Firman Allah SWT :

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ مَنْضُودٍ
[Surat Hud 82]

‎Terjemahan :

"Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu."

Dosa Dan Maksiat Akan Menyebabkan Terhalangnya Kita Daripada Melihat Kebenaran Al Quran


Firman Allah SWT :

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

[Surat Al-Mutaffifin 14]

‎Terjemahan :

"Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan"

Keluarkanlah Sedekah Daripada Sebahagian Pemberian Allah Kepada Kita


Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْض
[Surat Al-Baqarah 267]

‎Terjemahan :

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Bertaubatlah Kepada Allah Serta Kembali Taat Kepadanya


Firman Allah SWT :

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْه
[Surat Hud 3]

‎Terjemahan :

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya"

Allah Melarang Kita Menjadi Orang Yang Jahil. Maka Berusahalah Kita Menuntut Ilmu


Firman Allah SWT :

إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
[Surat Hud 46]

‎Terjemahan :

"Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil."

Allah Menyediakan Azab Seksa Yang Besar Bagi Mereka Yang Gemar Menyebarkan Fitnah Lagi Dusta


Firman Allah SWT :

وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

[Surat An-Nur 11]

‎Terjemahan :

"dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)."

Bertaqwalah Kepada Allah Agar Diterima Segala Amalan Kita


Firman Allah SWT :

إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
[Surat Al-Ma'idah 27]

‎Terjemahan :

"Hanyasanya Allah menerima (amalan) dari orang-orang yang bertaqwa."

Jangan Sekali Kali Kita Ragu Terhadap Al Quran Kerana Ia Membawa Kebenaran Daripada Allah


Firman Allah SWT :

فَلَا تَكُ فِي مِرْيَةٍ مِنْهُ ۚ إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ
[Surat Hud 17]

‎Terjemahan :

"Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya."

Jangan Kita Lupa Lagi Tidak Bersyukur Kepada Allah Setelah Diberi Pelbagai Nikmat


Firman Allah SWT :

وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاءَ بَعْدَ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي ۚ إِنَّهُ لَفَرِحٌ فَخُورٌ
[Surat Hud 10]

‎Terjemahan :

"Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai)."

Mohonlah Rezeki Hanya Kepada Allah, Kerana Segala Rezeki Kita Telah Ditanggung Olehnya


Firman Allah SWT :

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
[Surat Hud 6]

‎Terjemahan :

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya"