Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Allah Akan Memimpin Orang Yang Beriman Menuju Kepadanya


Firman Allah SWT :

وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
[Surat An-Nisa' 175]

‎Terjemahan :

"dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya"

Jauhkan Diri Daripada Berkata Buruk Terhadap Orang Lain


Firman Allah SWT :

لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ
[Surat An-Nisa' 148]

‎Terjemahan :

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang)."

Jika Kita Melupakan Allah, Maka Allah Akan Biarkan Kita Terus Berada Didalam Kesesatan


Firman Allah SWT :

فَنَذَرُ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

[Surat Yunus 11]

‎Terjemahan :

"Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya"

Khabar Gembira Bagi Orang Yang Beriman Dan Beramal Soleh


Firman Allah SWT :

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِنْدَ رَبِّهِمْ
[Surat Yunus 2]

‎Terjemahan :

"dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan)."

Bertaqwalah Kerana Sesungguhnya Allah Beserta Orang Orang Yang Bertaqwa


Firman Allah SWT :

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
[Surat At-Tawbah 123]

‎Terjemahan :

"dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya)"

Perbaikilah Diri Dan Amalan Kita


Firman Allah SWT :

إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
[Surat At-Tawbah 120]

‎Terjemahan :

"Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"

Bersedekahlah Kerana Ia Adalah Jalan Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah


Firman Allah SWT :

أَلَا إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَهُمْ ۚ سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِي رَحْمَتِه

[Surat At-Tawbah 99]

‎Terjemahan :

"Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya"

Bertaqwalah Kepada Allah Agar Kita Menjadi Orang Yang Berjaya


Firman Allah SWT :

وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
[Surat Aal-E-Imran 200]

‎Terjemahan :

"serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"

Allah Mengasihi Orang Orang Yang Membersihkan Diri Daripada Kotoran Dan Dosa


Firman Allah SWT :

وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
[Surat At-Tawbah 108]

‎Terjemahan :

"dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)"

Allah Maha Menerima Taubat Hamba Hambanya


Firman Allah SWT :

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
[Surat At-Tawbah 104]

‎Terjemahan :

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?

Allah Tidak Redha Kepada Orang Orang Fasik


Firman Allah SWT :

فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَرْضَىٰ عَنِ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ

[Surat At-Tawbah 96]

‎Terjemahan :

"maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik"

Mohonlah Kepada Allah Agar Kita Diberi Kemenangan Memerangi Hawa Nafsu Kita


Firman Allah SWT :

يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ
[Surat Ar-Rum 5]

‎Terjemahan :

"Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani."