Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Celakalah Bagi Mereka Yang Memilih Kekufuran Berbanding Keimanan Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَمَنْ يَتَبَدَّلِ الْكُفْرَ بِالْإِيمَانِ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

[Surat Al-Baqarah 108]

‎Terjemahan :

"Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus."

Hanya Kepada Allah Kita Memohon Perlindungan Dan Pertolongan


Firman Allah SWT :

وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

[Surat Al-Baqarah 107]

‎Terjemahan :

"Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan."

Berusahalah Sebaik Mungkin Untuk Kita Menjadi Seorang Rabbaniyin


Firman Allah SWT :

كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ.

[Surat Aal-E-Imran 79]

‎Terjemahan :

"Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya."

Tidak Ada Sesuatu Perkara Pun Yang Tersembunyi Daripada Pengetahuan Allah


Firman Allah SWT :

إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَىٰ عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ

[Surat Aal-E-Imran 5]

‎Terjemahan :

"Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit."

Jauhilah Sejahat Jahat Perkara


Firman Allah SWT :

بِئْسَمَا اشْتَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ أَنْ يَكْفُرُوا بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ بَغْيًا أَنْ يُنَزِّلَ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ

[Surat Al-Baqarah 90]

‎Terjemahan :

"Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w)."

Ramai Yang Mengakui Adanya Hari Kiamat Tetapi Tetap Terus Melakukan Kemaksiatan


Firman Allah SWT :

بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ
[Surat Al-Qiyamah 5]

‎Terjemahan :

"(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)."

Jangan Sekali Kalian Merasakan Rezeki Itu Datangnya Daripada Selain Allah. Jangan!


Firman Allah SWT :

لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

[Surat Ta-Ha 132]

‎Terjemahan :

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Dengan Tekun Dan Sabar, Ajaklah Ahli Keluarga Dan Masyarakat Untuk Mendirikan Solat


Firman Allah SWT :

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ
[Surat Ta-Ha 132]

‎Terjemahan :

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya."

Bersyukurlah. Kerana Itulah Tuntutan Keatas Setiap Nikmat Yang Telah Allah Kurniakan


Firman Allah SWT :

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
[Surat Al-Mulk 23]

‎Terjemahan :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"

Jangan Kita Seperti Mereka Yang Selalu Berdegil Terhadap Keterangan Ayat Ayat Allah


Firman Allah SWT :

وَمَا تَأْتِيهِمْ مِنْ آيَةٍ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِمْ إِلَّا كَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ

[Surat Al-An'am 4]

‎Terjemahan :

"Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka (yang kafir) dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya)."

Nikmatilah Segala Kurniaan Allah Dan Jangan Kita Berbuat Kerosakan


Firman Allah SWT :

كُلُوا وَاشْرَبُوا مِنْ رِزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

[Surat Al-Baqarah 60]

‎Terjemahan :

"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"

Berusahalah Bersungguh Sungguh Menuntut Ilmu Demi Untuk Memperbaiki Amal


Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
[Surat Al-Ankabut 69]

‎Terjemahan :

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."