Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Asal Kejadian Kita Daripada Air (benih) Yang Sedikit Dipandang Orang. Apakah Masih Mahu Sombong?


Firman Allah SWT :

ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ

[Surat As-Sajdah 8]

‎Terjemahan :

"Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang"

Al Quran Itu Menjadi Ancaman Kepada Pendosa Dan Berita Gembira Kepada Orang Soleh


Firman Allah SWT :

قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
[Surat Al-Kahf 2]

‎Terjemahan :

"tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik."

Jangan Ada Walaupun Sedikit Kita Mendustakan Ayat Ayat Al Quran


Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
[Surat Al-Baqarah 39]

‎Terjemahan :

"Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."

Pastikanlah Hanya Makanan Yang Halal Dan Jauhilah Makanan Yang Syubhah Dan Haram


Firman Allah SWT :

كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ
[Surat Al-Baqarah 57]

‎Terjemahan :

"Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu"

Semoga Kita Tidak Tergolong Dari Kalangan Orang Yang Akan Mendapat Kecelakaan Di Hari Akhirat


Firman Allah SWT :

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ يَوْمِهِمُ الَّذِي يُوعَدُونَ

[Surat Adh-Dhariyat 60]

‎Terjemahan :

"Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka."

Contohilah Nabi Allah Zakaria Ketika Berdoa Memohon Kepada Allah. Tidak Pernah Berputus Asa


Firman Allah SWT :

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
[Surat Maryam 4]

‎Terjemahan :

"Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu."

Al-quran Juga Sebagai Pemberi Amaran Kepada Mereka Yang Berani Menyekutukan Allah


Firman Allah SWT :

وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
[Surat Al-Kahf 4]

‎Terjemahan :

"Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak"

Suntikan Semangat Untuk Mereka Yang Memperjuangkan Islam


Firman Allah SWT :

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ
[Surat Al-Baqarah 154]

‎Terjemahan :

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya."

Jika Kamu Tidak Mahu Terpesong Dari Agama, Maka Berpeganglah Kepada Al Quran


Firman Allah SWT :

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ
[Surat Al-Isra' 9]

‎Terjemahan :

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam)"

Siapakah Mereka Orang Munafiq Itu?


Firman Allah SWT :

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ
[Surat Al-Baqarah 16]

‎Terjemahan :

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah."

Allah Tidak Pernah Lalai. Maka Berusahalah Bersungguh Sungguh Melakukan Amal Soleh


Firman Allah SWT :

وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
[Surat Al-Baqarah 149]

‎Terjemahan :

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan."

Amatlah Rugi Dan Sangat Sangatlah Rugi Mereka Yang Tidak Mahu Memikirkan Isi Al Quran


Firman Allah SWT :

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ
[Surat An-Nisa' 82]

‎Terjemahan :

"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?"