Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Demi Sesungguhnya Hanya Allah Sahaja Yang Mengetahui Akan Kesucian Hamba Hambanya


Firman Allah SWT :

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ
[Surat An-Najm 32]

‎Terjemahan :

"maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa."

Segala Kurniaan Itu Adalah Datang Daripada Allah


Firman Allah SWT :

وَأَنَّهُ هُوَ أَغْنَىٰ وَأَقْنَىٰ
[Surat An-Najm 48]

‎Terjemahan :

"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan"

Alangkah Ruginya Manusia Yang Membelakangi Al Quran Didalam Hidupnya


Firman Allah SWT :

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

[Surat Al-Furqan 30]

‎Terjemahan :

"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai"

Seseorang Tidak Akan Sekali Kali Sesat Setelah Menerima Hidayah Petunjuk Allah


Firman Allah SWT :

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِلَّ قَوْمًا بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُمْ مَا يَتَّقُونَ

[Surat At-Tawbah 115]

‎Terjemahan :

"Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya"

Tartil - Al Quran Itu Dibaca, Dihayati, Difahami Dan Diamalkan


Firman Allah SWT :

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
[Surat Al-Muzzammil 4]

‎Terjemahan :

"dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"

Orang Yang Berdosa Tidak Akan Berjaya


Firman Allah SWT :

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْمُجْرِمُونَ
[Surat Yunus 17]

‎Terjemahan :

"Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya."

Jika Benar Pengakuan Iman Kamu, Pasti Allah Akan Memberi Bimbingan


Firman Allah SWT :

أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
[Surat Al-Hujurat 17]

‎Terjemahan :

"kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman, kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."

Orang Yang Beriman Pasti Merasa Gerun Terhadap Ancaman Azab Allah Didalam Al Quran


Firman Allah SWT :

فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَنْ يَخَافُ وَعِيدِ
[Surat Qaf 45]

‎Terjemahan :

"Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu"

Larangan Mencari Cari Kesalahan Serta Keaiban Orang Lain


Firman Allah SWT :

وَلَا تَجَسَّسُوا
[Surat Al-Hujurat 12]

‎Terjemahan :

"dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang"

Bersabarlah Kita Dalam Melakukan Apa Jua Bentuk Ketaatan Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
[Surat Al-Muddaththir 7]

‎Terjemahan :

"Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar!"

Ancaman Dan Amaran Daripada Allah Pada Mereka Yang Tidak Beriman Dan Berlaku Zalim


Firman Allah SWT :

وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا الْقُرُونَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَمَّا ظَلَمُوا ۙ وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ وَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ
[Surat Yunus 13]

‎Terjemahan :

"Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan."

Allah Yang Mengajar Manusia Segala Ilmu


Firman Allah SWT :

عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
[Surat Al-Alaq 5]

‎Terjemahan :

"Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."