Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Nikmatilah Kebahagiaan Hidup Ini Dengan Merasai Maha Pemurah Dan Maha Pengasihnya Allah


Firman Allah SWT :

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
[Surat Al-Fatihah 3]

‎Terjemahan :

"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."

Tegakkanlah Pendirian Agama Didalam Diri Dan Jangan Berpecah Belah


Firman Allah SWT :

أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ
[Surat Ash-Shura 13]

‎Terjemahan :

"Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya"

Allah Yang Telah Memberikan Ketenangan Jiwa Kepada Orang Beriman


Firman Allah SWT :

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ

[Surat Al-Fath 4]

‎Terjemahan :

"Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman"

Jangan Kita Ini Menyangka Kita Diciptakan Oleh Allah Hanya Sia Sia Tanpa Tujuan


Firman Allah SWT :

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا
[Surat Al-Mu'minun 115]

‎Terjemahan :

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?"

Jangan Kita Sengaja Tidak Mahu Memikirkan Isi Kandungan Al Quran


Firman Allah SWT :

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا.

[Surat Muhammad 24]

‎Terjemahan :

"maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup?"

Harta Yang Diperolehi Secara Bathil Tidak Akan Menyelamatkan Kamu Daripada Azab Allah


Firman Allah SWT :

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ
[Surat Al-Humazah 3]

‎Terjemahan :

"Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!"

Ciri Bagi Orang Yang Berjaya Disisi Allah


Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
[Surat Al-Mu'minun 5]

‎Terjemahan :

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya,"

Jenayah Zina Pasti Dapat Dibendung Bila Hukuman Yang Ditetapkan Oleh Allah Ini Dilaksanakan


Firman Allah SWT :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ

[Surat An-Nur 2]

‎Terjemahan :

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat"

Lazimilah Solat Dhuha Kerana Pada Waktu Dhuha Itu Terdapat Kemuliaan Disisi Allah


Firman Allah SWT :

وَالضُّحَىٰ
[Surat Ad-Dhuhaa 1]

‎Terjemahan :

"Demi waktu dhuha,"

Jangan Kita Menyembah Tuhan Selain Allah!


Firman Allah SWT :

أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ.

[Surat Al-Ahqaf 21]

‎Terjemahan :

"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar (huru-haranya)"

Perbanyakkanlah Menderma Kerana Ia Menyucikan Jiwa Dan Harta Benda


Firman Allah SWT :

الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّىٰ
[Surat Al-Layl 18]

‎Terjemahan :

"Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya"

Sahut Seruan Allah Dan Rasul


Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ

[Surat Al-Anfal 24]

Terjemahan :

"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna."