Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Al Quran Itu Punya Kemuliaan, Peringatan & Pengajaran. Jangan Sekali Ia Diragui


Firman Allah SWT :

وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ.
[Surat Sad 1]

Terjemahan :

"demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran."

Syukurilah Setiap Nikmat Yang Allah Berikan. Betapa Ia Banyak Tidak Terhitung


Firman Allah SWT :

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ
[Surat Ibrahim 34]

Terjemahan :

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"

Bertaqwalah Kepada Allah Kerana Ia Adalah Kunci Kepada Kalian Dimurahkan Rezeki Oleh Allah


Firman Allah SWT :

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا.
[Surat At-Talaq 2]

Terjemahan :

"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)."

Beriman Dan Taat Kepada Allah Adalah Syarat Allah Memakbulkan Doa Hambanya


Firman Allah SWT :

فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ.

[Surat Al-Baqarah 186]

Terjemahan :

"hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

Perkara Yang Salah Tidak Memberi Sebarang Kebaikan Di Dunia Mahupun Di Akhirat


Firman Allah SWT :

قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ.

[Surat Saba' 49]

Terjemahan :

"Katakanlah lagi: "Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat"

Semoga Kita Bukan Dari Kalangan Orang Yang Dilaknat Oleh Allah


Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا.
[Surat Al-Ahzab 57]

Terjemahan :

"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina."

Jangan Mengaibkan Orang Lain Dan Jangan Panggil Orang Lain Dengan Gelaran Buruk


Firman Allah SWT :

وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ

[Surat Al-Hujurat 11]

Terjemahan :

"dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."

Nah!! Janji Allah Terhadap Mereka Yang Kufur Ingkar Kepada Allah Semasa Hidupnya


Firman Allah SWT :

لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ.

[Surat Al-An'am 70]

Terjemahan :

"Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)."

Jangan Sekali Kali Kita Ragu Terhadap Al Quran


Firman Allah SWT :

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ
[Surat Al-Baqarah 2]

Terjemahan :

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya);"

Lakukanlah Amal Soleh Kerana Manfaatnya Akan Kembali Kepada Dirinya Sendiri


Firman Allah SWT :

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ
[Surat Al-Jathiya 15]

Terjemahan :

"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri."

Bertabahlah! Kerana Orang Beriman Itu Hakikatnya Sentiasa Akan Diuji Oleh Allah


Firman Allah SWT :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ.

[Surat Al-Ankabut 2]

Terjemahan :

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Beramal Ibadahlah Dengan Penuh Keikhlasan Semata Mata Mencari Redha Allah Swt


Firman Allah SWT :

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
[Surat Al-Bayyinah 5]

Terjemahan :

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid."