Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Beriman Atau Tidak Beriman Kepada Allah, Pengakhiran Kita Tetap Menuju Allah Yang Satu


Firman Allah SWT :

وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا ۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا.

[Surat Maryam 71]

Terjemahan :

"Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu."

Pada Setiap Kesulitan Yang Allah Uji Kita, Juga Disertakan Jalan Kemudahan (penyelesaian)


Firman Allah SWT :

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا.إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

[Surat Al-Sharh 5&6]

Terjemahan :

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Bermaksiat Setelah Solat Dilaksana Adalah Bukti Solat Yang Tidak Membekas Pada Diri


Firman Allah SWT :

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ

[Surat Al-Ankabut 45]

Terjemahan :

"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar"

Neraka Jahannam Adalah Tempat Kembali Bagi Mereka Yang Kufur Ingkar Kepada Allah


Firman Allah SWT :

وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ.

[Surat Al-Mulk 6]

Terjemahan :

"Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."

Janganlah Kita Dari Kalangan Orang Yang Berpaling Ingkar Dari Peringatan Al Quran


Firman Allah SWT :

مَنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا.

[Surat Ta-Ha 100]

Terjemahan :

"Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat."

Janganlah Kita Dari Kalangan Orang Yang Berbuat Kerosakan Diatas Muka Bumi Allah


Firman Allah SWT :

وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ.

[Surat Al-Qasas 77]

Terjemahan :

"dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan "

Rintihan Penyesalan Golongan Ahli Neraka


Firman Allah SWT :

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ.

[Surat Al-Mulk 10]

Terjemahan :

"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka"

Al Quran Itu Mudah Untuk Difahami Sebagai Peringatan Dan Pelajaran


Firman Allah SWT :

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ.

[Surat Al-Qamar 22]

Terjemahan :

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?"

Tuntutan Terhadap Solat Berjemaah Terutama Lelaki


Firman Allah SWT :

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ.

[Surat Al-Baqarah 43]

Terjemahan :

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Apabila Berkata Ingin Lakukan Sesuatu, Sertailah Dengan Menyebut Insyaallah


Firman Allah SWT :

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا. إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ.

[Surat Al-Kahf 23&24]

Terjemahan :

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah"

Sebenar Benar Iman


Firman Allah SWT :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ.
[Surat Al-Hujurat 15]

Terjemahan :

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."

Sifat Bagi Orang Yang Beriman Kepada Allah Dan Rasul Itu Adalah Dengar Dan Taat


Firman Allah SWT :

وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ
[Surat Al-Baqarah 285]

Terjemahan :

"Kami dengar dan kami taat"