Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Jangan Kita Seperti Mereka Yang Mengambil Sebahagian Isi Al Quran Dan Menolak Sebahagian Isi Yang Lainnya


Firman Allah SWT :

الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ
[Surat Al-Hijr 91]

Terjemahan :

"(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain)."

Celaan Allah Terhadap Mereka Yang Memuja Dan Mentaati Nafsu Mereka


Firman Allah SWT :

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا.

[Surat Al-Furqan 43]

Terjemahan :

"Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?"

Jangan Sekali Kali Kita Ragu Terhadap Setiap Yang Datang Daripada Allah Dan Rasul


Firman Allah SWT :

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ.

[Surat Al-Baqarah 147]

Terjemahan :

"Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

Sediakanlah Bekalan Taqwa Secukupnya


Firman Allah SWT :

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ.

[Surat Al-Baqarah 197]

Terjemahan :

"dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (taqwa); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

Perbanyakkanlah Sujud Kepada Allah


Firman Allah SWT :

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ
[Surat Al-Hijr 98]

Terjemahan :

"Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud"

Semoga Allah Pertemukan Kita Dengan Malam Lailatul Qadar


Firman Allah SWT :

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
[Surat Al-Qadr 3]

Terjemahan :

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan."

Perbanyakkanlah Membaca Al Quran Di Bulan Ramadhan


Firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ.

[Surat Al-Baqarah 185]

Terjemahan :

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,"

Beribadah Dan Berdoalah. Jangan Kita Dari Kalangan Mereka Orang Yang Sombong


Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

[Surat Ghafir 60]

Terjemahan :

"Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"

Kewajiban Berpuasa Keatas Orang Yang Beriman


Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
[Surat Al-Baqarah 183]

Terjemahan :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

Berdoalah, Nescaya Akan Diperkenankan Oleh Allah


Firman Allah SWT :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ
[Surat Ghafir 60]

Terjemahan :

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"

Kekallah Bersama Jemaah. Jangan Kita Berpecah Belah


Firman Allah SWT :

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ.

[Surat Aal-E-Imran 105]

Terjemahan :

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar."

Kebaikan Mahupun Kejahatan Yang Dilakukan Hanya Kembali Kepada Diri Sendiri


Firman Allah SWT :

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ

[Surat Al-Isra' 7]

Terjemahan :

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."