Raudhah is Loading ...

Raudhah

Tazkirah


Orang Yang Berjaya Itu Adalah Mereka Yang Dijauhkan Api Neraka Dan Dimasukkan Ke Dalam Syurga


Firman Allah SWT :

فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ

[Surat Aal-E-Imran 185]

Terjemahan :

"Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya."

Lebih Sesat Daripada Binatang Ternak!!


Firman Allah SWT :

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ.
[Surat Al-A'raf 179]

Terjemahan :

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

Jadikanlah Mati Sebagai Motivasi Untuk Memperbaiki Diri Setiap Hari


Firman Allah SWT :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَة.

[Surat Aal-E-Imran 185]

Terjemahan :

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu."

Semoga Kita Dari Kalangan Sebaik Baik Makhluk


Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ.

[Surat Al-Bayyinah 7]

Terjemahan :

"Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk."

Berlumba Lumbalah Mengerjakan Kebaikan


Firman Allah SWT :
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ
[Surat Al-Baqarah 148]

Terjemahan :

"oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan."

Jika Kamu Sayang Serta Mengasihi Allah, Maka Ikutilah Rasulullah Saw


Firman Allah SWT :

ُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ.
[Surat Aal-E-Imran 31]

Terjemahan :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Ingatlah Allah Maka Allah Akan Balas Dengan Kebaikan


Firman Allah SWT :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ.

[Surat Al-Baqarah 152]

Terjemahan :

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."

Tertutup Pancaindera Kerana Kekufuran Dan Keingkaran Terhadap Allah Dan Rasul


Firman Allah SWT :

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ.
[Surat Al-Baqarah 7]

Terjemahan :

"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."

Jangan Kita Dari Kalangan Sejahat Jahat Makhluk


Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ.

[Surat Al-Bayyinah 6]

Terjemahan :

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk."

Syurga Itu Akan Diwarisi Oleh Golongan Mereka Yang Bertaqwa


Firman Allah SWT :

تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا
[Surat Maryam 63]

Terjemahan :

"Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami."

Semoga Kita Bukan Dari Mereka Yang Menderhakai Rasul


Firman Allah SWT :

فَعَصَىٰ فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا.

[Surat Al-Muzzammil 16]

Terjemahan :

"Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya."

Jangan Kamu Mati Melainkan Mati Dalam Islam Dan Taqwa


Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.
[Surat Aal-E-Imran 102]

Terjemahan :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."