Raudhah is Loading ...

Raudhah

Kata Kata Mutiara

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan dan anak yang soleh/solehah ” Hadis Riwayat Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu semua mendengar laungan azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh tukang azan”. Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu menyembahyangkan jenazah, maka hendaklah kamu ikhlaskan niat kamu semasa berdoa kepada jenazah tersebut”. Hadith Riwayat Abu Daud
Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah Taala di antara kamu semua ialah orang yang belajar al-Qur’an kemudian dia mengajarkan kepada orang lain”. Hadith Riwayat al-Bukhari
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak di tutup ketika menguap.” Hadith Riwayat Muslim
Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.” Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika kamu telah lakukan yang demikian, tetapi tidak ada jawapan maka hendaklah kamu balik.” Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah aku memberitahu kepada kamu siapakah ahli-ahli neraka?  mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakan untuk kebaikan.” Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu hanya menghasilkan kebaikan.” Atau Junjungan bersabda : “Malu itu semuanya baik.” Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
 “Kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan yang bimbang dalam hati dan engkau tidak mahu perbuatan itu diketahui orang lain.” Hadith Riwayat Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang subuh dan sembahyang asar”. Hadith Riwayat Muslim