Raudhah
Kata Kata Mutiara
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu
suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan,
maka hendaklah kamu doakan kepadanya"
Riwayat Al-Tabrani
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat
ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa"
Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat
ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa"
Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa kamu
menempuh ketengah jalan,puasa memajukan kamu kehadapan pintu dan
sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya."
Umar Ibn Abdul Aziz
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima
perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah,
menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin"
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas
Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharam"
Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah
Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk
selamanya"
Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah
bulan Allah s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"
Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu Al-Fawaris
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling
baik akhlaknya..."
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu
ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta"
Riwayat Al-Tarmizi
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan
silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut
umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan
dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan"
Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu
ialah dengan berwuduk sebelum dan selepas makan"
Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim