Raudhah is Loading ...

Raudhah

Kata Kata Mutiara

“Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah SAW, “Demi Allah yang diriku di dalam kekuasaan-Nya jika tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan lenyapkan kamu semua, dan digantikan dengan kaum yang melakukan dosa, lalu mereka meminta ampun kepada Allah, dan Allah mengampunkan mereka.” Riwayat Muslim
Sabda Rasulullah SAW, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran." Riwayat al-Bukhari dan Muslim
“Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
“Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
“Sesungguhnya seseorang Mukmin itu dapat mencapai orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang sunat di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.” Riwayat Abu Daud
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim
“Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan bersedekah sebelah buah tamar.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya" Riwayat al-Bukhari
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya" Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.
Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. Riwayat Muttfaq Alaihi
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu" Riwayat Ad-Dailami dari Anas r.a.