Raudhah
Kata Kata Mutiara
“Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu
pada waktu malam”.
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang
bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.
Hadith Riwayat al-Bukhari
“Tabiat suka meminta-minta menjadi kebiasaan seseorang daripada kamu
(umat) sehingga ia menemui Allah di akhirat sedangkan mukanya tidak
mempunyai daging (hina)”.
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bermimpi melihat aku
sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia
melihat aku semasa jaga, kerana syaitan tidak akan dapat
menyerupaiku”
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya
yang bersifat taqwa, kaya (jiwa) serta tidak menonjolkan diri.”
Hadith Riwayat Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya
yang bersifat taqwa, kaya (jiwa) serta tidak menonjolkan diri.”
Hadith Riwayat Muslim
“Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab
(yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”.
Hadith Riwayat Muslim
Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa
setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”.
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan
berlemah-lembut dalam semua perkara.”
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,
maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
Hadith Riwayat Muslim
“Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi atau petang, Allah SWT
menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada
tetamu syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid sama ada pagi atau
petang”. - Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap,
maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya
syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak ditutup ketika menguap.”
Hadith Riwayat Muslim