Raudhah is Loading ...

Raudhah

RESIPI SAHUR




NASI AYAM SATU PERIUK KIMBALL

Saiz Hidangan: 2 – 3 orang
Masa Penyediaan: 10 minit + 20 minit (perapan)
Masa Memasak: 35 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Tomato Kimball
Sos Berperisa Tiram Kimball
Bahan-bahan
350g dada ayam, dipotong dadu ½ inci
3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
4½ sudu besar Sos Tomato Kimball
2 sudu besar minyak
7 hirisan halia, dipotong halus memanjang
1½ cawan beras, dibasuh
2¼ cawan air
Serbuk lada hitam secukup rasa
Hirisan timun
Sos Cili Kimball
Cara Memasak
1. Perapkan ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Tomato Kimball selama 20 minit.
2. Panaskan minyak, tumis halia dan ayam dalam periuk nasi elektrik sehingga wangi dan keperangan.
3. Masukkan beras, air dan perisakan dengan serbuk lada hitam. Kacau rata kemudian tutup penutup.
4. Selepas 10 minit, buka penutup dan kacau perlahan. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak.
5. Hidangkan dengan hirisan timun dan Sos Cili Kimball.