Raudhah is Loading ...

Raudhah

RESIPI SAHUR




SUP MAKARONI & TAUHU SATU PERIUK KIMBAL

Saiz Hidangan: 2 – 3 orang
Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 30 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Cili Kimball
Macaroni Kimball
Sos Berperisa Tiram Kimball
Bahan-bahan
3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar Sos Cili Kimball
1-2 sudu besar jus limau nipis
6 cawan air
225g pasta Macaroni Kimball
2 sudu besar minyak masak
Serbuk lada hitam secukup rasa
1 ketul tauhu lembut, dipotong dadu 2cm
2 biji telur, dipukul ringan
Minyak bijan
Daun bawang cincang
Cara Memasak
1. Campurkan Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Cili Kimball, jus limau nipis dan air di dalam periuk nasi elektrik.
2. Masukkan Kimball Macaroni, minyak dan serbuk lada hitam. Kacau.
3. Tutup dan masak selama 15 minit kemudian kacau sebati.
4. Tutup periuk dan masak selama 10 minit, masukkan tauhuu dan titiskan telur.
5. Kemudian, tutup dan tunggu pasta masak.
6. Renjiskan minyak bijan, tabur daun bawang ke atas sup dan hidangkan segera