Raudhah is Loading ...

Raudhah

RESIPI SAHUR




PASTA AYAM SATU PERIUK KIMBALL

Saiz Hidangan: 2 – 3 orang
Masa Penyediaan: 5 minit
Masa Memasak: 30 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Spaghetti Kimball
Angel Hair Kimball
Bahan-bahan
350g Sos Spageti Tradisional Kimball
4 cawan air
200g pasta Angel Hair Kimball
200g dada ayam, didadu kecil
Serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar minyak
110g brokoli, diceraikan kelopak
Cara Memasak
1. Tuang Sos Spageti Tradisional Kimball dan air di dalam periuk nasi elektrik.
2. Masukkan Kimball Angel Hair, dada ayam, serbuk lada hitam dan minyak.
3. Masak selama 15 minit, kemudian buka penutup dan kacau. Tutup kembali.
4. Masak lagi selama 10 minit dan masukkan brokoli.
5. Tutup periuk dan masak sehingga pasta menjadi lembut.