Raudhah is Loading ...

Raudhah

KHAS UNTUK RAYA




AYAM MASAK MERAH BIJAN 3 RASA KIMBALL

Saiz Hidangan: 8 – 10 orang
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 45 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Bijan 3 Rasa Kimball
Bahan-bahan
1.2 kg Ayam, dipotong 5cm
1 ½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 cawan Minyak masak
2 biji Bawang besar, dihiris tebal

Bahan A (dikisar lumat)
5 biji Cili merah, dihiris
6 ulas Bawang putih, dihiris
4 cm Halia, dihiris
¼ cawan Air

Bahan B
240 ml Sos Bijan 3 Rasa Kimball
½ cawan
1 cawan Air
Cara Memasak
1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Goreng ayam sedikit demi sedikit sehingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan anggaran 1/3 cawan saja dalam kuali. Goreng bawang sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan Bahan A ke dalam kuali dan goreng atas api perlahan selama 10 minit atau naik bau. Tambah Bahan B dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan masak ayam dalam api sederhana selama 10 minit.
4. Campur bawang dan masak selama 5 minit lagi.