Raudhah is Loading ...

Raudhah

KHAS UNTUK RAYA




KUAH KACANG BIJAN 3 RASA KIMBALL

Saiz Hidangan: 8 – 10 orang
Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 40 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Cili Kimball
Sos Bijan 3 Rasa Kimball
Bahan-bahan
4 sudu besar Minyak masak
3 batang Serai, diketuk
300 g Kacang tanah, dipanggang dan ditumbuk halus
Garam secukup rasa

Bahan A (dikisar lumat)
15 g Cili kering, direndam dalam air panas sehingga lembut dan sejatkan
10 ulas Bawang merah, dihiris
¼ cawan Air

Bahan B
500 ml Air
240 ml Sos Bijan 3 Rasa Kimball
¼ cawan Sos Cili Kimball
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis Bahan A atas api kecil sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, biar masak selama 3 – 4 minit dan tambah Bahan B. Biar sampai mendidih dan tambahkan kacang.
3. Renih atas api kecil selama 15 – 20 minit sehingga sos jadi pekat. Masukkan garam secukup rasa.