Raudhah is Loading ...

Raudhah

KHAS UNTUK RAYA




KEK KURMA KIMBALL

Saiz Hidangan: 8 – 10 orang
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 40 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Mayonis Kimball
Bahan-bahan
Bahan A (diayak dan digaul sebati)
215g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B (digaul bersama)
100g Mayonis Kimball
50ml air
½ sudu teh esen vanilla

150g buah kurma, dibuang biji dan dicincang
200g mentega, dilembutkan dalam suhu bilik
200g gula pasir halus
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
Cara Memasak
1. Alas dasar tin kek berukuran 20cm segi empat atau 23cm tin bulat dengan kertas minyak dan gris keliling tin dengan sedikit mentega. Taburkan satu sudu besar Bahan A atas buah kurma, gaul sehingga bersalut rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan 150g gula sehingga ringan dan gebu. Tambah kuning telur dan pukul selama 2 - 3 minit. Masukkan separuh daripada Bahan A dan kaup. Tambah dan kaup Bahan B bersama. Kemudian tambahkan baki Bahan A sambil mengaup. Ketepikan adunan.
3. Pukul putih telur sehingga berbuih dan ringan. Tambah 50g gula dan sambung memukul sehingga lembut dan seakan berkilat. Kaup 1⁄3 daripada adunan telur terlebih dahulu ke dalam adunan tadi, sebelum mengaup baki adunan telur dan masukkan kurma. Pastikan jangan pukul atau kacau berlebihan.
4. Masukkan adunan ke dalam tin kek dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 30 - 40 minit atau sehingga kek naik dan berwarna perang keemasan.