Raudhah is Loading ...

Raudhah

KHAS UNTUK RAYA




NASI TOMATO KACANG KUDA KIMBALL

Saiz Hidangan: 8 – 10 orang
Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 45 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Berperisa Tiram Kimball
Pati Tomato Kimball
Kacang Kuda Kimball
Bahan-bahan
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi, mentega atau marjerin
Rempah (4cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih)
1 biji bawang merah, dihiris nipis.
3cm halia, disagat halus
6 ulas bawang putih, dihiris nipis
500g beras Basmati, dibasuh dan ditapis
425g Kacang Kuda Kimball, dibuang air
3 sudu besar bawang goreng
Daun saderi


Bahan A
215g Pati Tomato Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
600ml stok ayam
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 helai daun pandan, disimpul
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk besar atas api sederhana. Tumis rempah selama 30 saat. Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dan tumis sehingga perang keemasan.
2. Masukkan beras dan goreng selama 2 minit. Tambah Bahan A dan biarkan sehingga mendidih dan kacau sehingga hampir kesemua cecair telah diserap. Masukkan Kacang Kuda Kimball, kacau perlahan untuk mengelak kacang pecah.
3. Tutup periuk, perlahankan api dan biarkan masak selama 20 minit. Gembur nasi, taburkan bawang goreng dan daun saderi, dan hidangkan