Raudhah is Loading ...

Raudhah

KHAS UNTUK RAYA




KEBAB KAMBING BBQ MEDITERRANEAN KIMBALL

Saiz Hidangan: 8 – 10 orang
Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Perapan: 1 jam
Masa Memasak: 30 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos BBQ Kimball
Kacang Kuda Kimball
Bahan-bahan
12 pasang Penyepit kayu (chopsticks) pakai buang
3 sudu besar Minyak zaitun
1/3 cawan Sos BBQ Kimball

Bahan A
500 g daging cincang (kambing, lembu atau ayam)
1 ½ sudu kecil Serbuk jintan putih
1 sudu kecil Serbuk kasar cili kering
1 biji bawang, dihiris halus
1 jambak kecil Daun dan batang ketumbar, dihiris halus
1 sudu kecil Garam
¼ cawan Sos BBQ Kimball

Bahan B
1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat
2 cawan Nasi basmati
1 biji Lemon, dipotong baji
Beberapa tangkai daun pudina dan ketumbar
Cara Memasak
1. Campurkan bahan A dalam mangkuk adunan dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati. Perap dalam peti sejuk selama 1 jam.
2. Bahagikan adunan daging (Bahan A) kepada 12 bahagian dan salutkan setiap bahagian sekeliling penyepit kayu. Tekan daging sehingga rata dan berbentuk leper memanjang.
3. Sapu kebab dengan minyak zaitun. Masak dalam pan pemanggang atau kuali (anggaran 5 minit setiap belah) atas api sederhana.
4. Apabila masak, pindahkan ke atas dulang dan sapukan Sos BBQ Kimball pada kedua-dua belah kebab dengan segera. Hidang panas dengan Bahan B.