Raudhah is Loading ...

Raudhah

KHAS UNTUK RAYA




SERUNDING AYAM TERIYAKI PEDAS KIMBALL

Saiz Hidangan: 8 – 10 orang
Masa Penyediaan: 1 jam
Masa Memasak: 1 – 1 ½ jam
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Teriyaki Kimball
Bahan-bahan
800 g Dada ayam (tanpa kulit)
3 sudu besar Minyak masak
2 sudu besar Biji ketumbar, dipanggang dan ditumbuk

Bahan A (dikisar lumat)
15 g cili kering, dibuang biji, direndam dan disejat
6 biji Bawang merah kecil, dihiris
6 ulas Bawang putih, dihiris
30 g Halia, dihiris
30 g Lengkuas, dihiris
2 batang Serai, dihiris
¼ cawan air

Bahan B
½ cawan Sos Teriyaki Kimball
125 ml Santan pekat
1 ½ sudu kecil Garam
Cara Memasak
1. Kukus dada ayam sehingga masak (anggaran 30 minit). Apabila dinigin sedikit, carikkan ayam halus dengan tangan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis Bahan A atas api kecil-sederhana. Kacau selalu sehingga naik bau dan pecah minyak (anggaran 20 minit).
3. Tambah Bahan B, didihkan sehingga pekat (anggaran 15 minit), kemudian masukkan ayam yang dicarikkan tadi.
4. Masak atas api kecil, kacau selalu sehingga sebatian menjadi kering. Masukkan ketumbar dan goreng ayam atas api kecil sehingga garing. Biarkan menyejuk dan simpan dalam bekas kedap udara (serunding boleh disimpan selama seminggu).