Raudhah is Loading ...

Raudhah

KHAS UNTUK RAYA




RENDANG AYAM TERIYAKI KIMBALL

Saiz Hidangan: 8 – 10 orang
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 45 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Teriyaki Kimball
Bahan-bahan
½ cawan Minyak masak
4 cm Kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
10 kuntum Bunga cengkih
1.5 kg Ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong 4 cm
250 ml Santan pekat

Bahan A (dikisar lumat)
20 g Cili kering, dibuang biji, direndam dan disejat
10 biji Bawang merah, dihiris
10 ulas Bawang putih, dihiris
50g Halia, dihiris
5 batang Serai, dihiris
3 cm Kunyit hidup, dihiris
50g Lengkuas, dihiris
½ cawan air

Bahan B
240 ml Sos Teriyaki Kimball
¼ cawan Sos karamel pekat Cheong Chan
½ cawan Kerisik
2 helai Daun kunyit, dihiris
6 helai Daun limau purut, dikoyak
2 keping Asam keping
2 sudu kecil garam, secukup rasa
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih. Selepas seminit, masukkan Bahan A.
2. Masak atas api kecil-sederhana selama 10 minit atau sehingga naik bau dan pecah minyak.
Tambah ayam dan santan. Didihkan atas api sederhana selama 20 minit dan pastikan kacau selalu.
3. Campurkan Bahan B dan biarkan masak sehingga kuah jadi pekat dan menyalut ayam (anggaran 15 minit). Angkat pan daripada api.