Raudhah is Loading ...

Raudhah

KHAS UNTUK RAYA




SOTO PASTA BIJAN 3 RASA KIMBALL

Saiz Hidangan: 8 – 10 orang
Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 40 minit
Produk Kimball Yang Digunakan
Sos Berperisa Tiram Kimball
Sos Bijan 3 Rasa Kimball
Angel Hair Kimball
Bahan-bahan
½ ekor Ayam tanpa kulit, dipotong dua
3 sudu besar Minyak masak
240ml Sos Bijan 3 Rasa Kimball
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
Garam secukup rasa
300g Kimball Angel Hair, dicelur mengikut arahan pada bungkusan

Bahan A (ditumbuk lumat)
1 ½ sudu kecil Biji lada putih
5 ulas Bawang putih
3 cm Halia
2 cm Kunyit hidup
1 sudu besar Biji ketumbar
2 sudu kecil Garam

Bahan B
2.5 liter Stok ayam
3 batang Serai, diketuk
4 helai Daun limau purut, dikoyak

Bahan C
4 biji Telur rebus, dipotong 4
1 cawan Daun salad, dimayang halus
½ cawan Daun bawang, dihiris
½ cawan Daun saderi, dihiris
½ cawan Bawang goreng
Cara Memasak
1. Lumur ayam dengan Bahan A dan perap selama 15 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam atas api kecil sehingga perang. Masukkan Bahan B, didihkan dan biar merenih atas api kecil selama 15 minit.
2. Tambah Sos Kimball Bijan 3 Rasa, Sos Berperisa Tiram Kimball dan renih selama 15 minit. Masukkan garam secukup rasa.
3. Keluarkan ayam dan biarkan dingin sedikit. Kemudian, carikkan ayam dari tulang dan ketepikan.
4. Hidangkan sup panas dalam mangkuk individu bersama pasta dan hias dengan Bahan C bersama ayam yang telah dicarikkan tadi.